Home » » Era Najb Altantuya, Nizar News:Adun Skudai buat laporan polis dakwa diugut

Era Najb Altantuya, Nizar News:Adun Skudai buat laporan polis dakwa diugut

Written By canang on Jumaat, 6 November 2009 | 11/06/2009 10:26:00 PTG

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau, membuat laporan polis selepas mendapati pintu pagar rumahnya di Taman Universiti di sini, ditulis perkataan berbaur ugutan dua hari lalu.
Pengerusi DAP Johor itu ketika dihubungi hari ini berkata laporan polis itu dibuat kira-kira jam 10.23 malam tadi di balai polis perumahan berkenaan.
"Tulisan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu berwarna hitam itu mulanya dilihat anak saya apabila hendak menekan loceng pintu pagar sebelum dimaklumkan kepada saya. Ketika itu, saya baru selesai menjemputnya pulang dari sekolah, kira-kira 1.30 tengahari," katanya.

Beliau berkata, perkataan Mandarin itu bermaksud "mati" manakala perkataan Bahasa Melayu itu adalah "bodoh".
Dr Boo berkata, beliau tidak pasti motif di sebalik tulisan itu tetapi mempercayai ia dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger