Home » » Najib Altantuya, Nizar News:Mahfuz, Khir Setuju Kerajaan Umno-BN Pinda Dasar Kereta

Najib Altantuya, Nizar News:Mahfuz, Khir Setuju Kerajaan Umno-BN Pinda Dasar Kereta

Written By canang on Jumaat, 6 November 2009 | 11/06/2009 10:39:00 PTG


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengkritik keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mewajibkan kenderaan berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan Puspakom sebagai syarat mendapatkan cukai jalan.
Dalam kritikan yang senada dengan bantahan yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini, Khir Toyo berkata dasar itu tidak wajar kerana ia memberi tekanan kepada penduduk luar bandar yang sebilangan besarnya memiliki kenderaan sedemikian.
Khir bimbang langkah itu bakal menghakis lagi sokongan terhadap Umno-BN dan meggesa kerajaan pimpinan Najib Razak mengkaji semula dasar terbarunya.
Khir berkata jika BN masih berdegil melaksanakan dasar itu, pemeriksaan wajib Puspakom hendaklah dipinda kepada sekali setiap lima tahun dengan kosnya ditanggung kerajaan.
“Tidak sewajarnya kereta-kereta 15 tahun ke atas ini diwajibkan pemeriksaan Puspakom sebelum dapat memperbaharui cukai jalan kerana ini akan menyusahkan lagi rakyat luar bandar yang kebanyakkannya memiliki kenderaan jenis ini
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata Umno-BN silap dalam meletakkan jumlah kemalangan tinggi kepada penggunaan kereta 10 tahun ke atas.
Menurut beliau sebilangan besar kemalangan negara ini membabitkan kereta yang hanya digunapakai beberapa tahun.
Pandangan Mahfuz di persetujui oleh Khir yang menggesa Perdana Menteri meminda dasar itu dengan segera.

“Saya harap kerajaan akan memikirkan kembali tentang polisi ini dan jika hendak dikenakan juga kita cadangkan mungkin dikenakan lima tahun sekali dengan jumlah bayaran dibayar oleh kerajaan,” katanya kepada TV Selangor.
Kerajaan sebelum ini memutuskan, mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajibkan membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP).
Khir dalam laman blognya juga menyifatkan alasan langkah berkenaan sebagai meningkatkan daya saing industri automotif tempatan jelas tidak memikirkan kepentingan rakyat sebaliknya hanya mengutamakan penjualan kereta.

Beliau berkata dasar itu seolah-olah bermakna Barisan Nasional memaksa rakyat menukar kereta baru setiap lima belas tahun.
“Saya lihat pemilik-pemilik kenderaan 15 tahun ke atas adalah rata-ratanya golongan rakyat bawahan yang tidak berpendapatan tinggi dan menghadapai banyak masalah tekanan hidup yang ada pada hari ini.
“Mungkin faktor keselamatan yang dimomokkan itu tidak tepat. Kalau dilihat jumlah kereta mengalami kemalangan jalan raya kebanyakkannya kereta-kereta yang berusia 10 tahun ke bawah,” katanya. - YUSMAWATI MHD YUSOF
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger