Sebuah pasar raya kerugian RM70,000 apabila pencuri melarikan wang tunai tersebut yang disimpan dalam sebuah peti besi di pejabat pusat perniagaan itu di Bera, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapha, berkata kejadian itu dipercayai dilakukan oleh lebih seorang suspek yang menceroboh masuk melalui bumbung premis itu antara pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi semalam.
Katanya, kejadian itu disedari oleh pengurus wanita pasar raya berkenaan
berusia 36 tahun pada jam 8 pagi semalam ketika cuba menutup alat pengeratelevisyen litar tertutup di premis berkenaan.
"Bagaimanapun, pengurus wanita itu berasa hairan apabila mendapati alat
tersebut sudah dimatikan dan kemudian mendapati peti besi dalam bilik pejabatnya telah dikopak," katanya di sini, hari ini.
Nordin berkata, wang itu adalah hasil jualan selama dua hari yang di
simpan dalam peti besi berkenaan dan pengurus itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera pada jam 1 petang semalam.
Home »
» Nizar News:Wang RM70,000 milik pasar raya lesap
Nizar News:Wang RM70,000 milik pasar raya lesap
Written By canang on Jumaat, 6 November 2009 | 11/06/2009 11:32:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan