Home » » Lelaki kemaruk seks cabul wanita lintas jalan/ Nizar News

Lelaki kemaruk seks cabul wanita lintas jalan/ Nizar News

Written By canang on Selasa, 10 November 2009 | 11/10/2009 05:03:00 PTG



Seorang lelaki yang kemaruk seks sempat mencabul seorang wanita yang ketika itu melintas jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dalam perjalanan ke stesen LRT berkenaan dan mahu ke tempat kerja.

Bagaimanapun, ketika melintas jalan, seorang lelaki yang memandu Perodua Kelisa menghalang laluan mangsa yang ketika itu betul-betul di tengah garisan jalan.

Menurut sumber polis, wanita berkenaan ketika itu berseorangan dan mahu menyeberangi jalan sebelum berhenti di tengah jalan kerana bimbang dilanggar kereta suspek.
Bagaimanapun, mangsa yang tidak menyedari pemandu kenderaan terbabit berniat jahat hanya memerhati kereta itu yang dipandu perlahan kerana menyangkakan suspek mahu memberikan laluan untuk melintas.“Namun, sebaik menghampiri mangsa, suspek secara tiba-tiba menghulurkan tangan dan meramas buah dada mangsa sebelum meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berang dengan kejadian itu hanya mampu menahan geram sebelum ke pondok polis berhampiran untuk membuat laporan.
“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan membuat laporan ke pondok polis, mangsa diekori suspek sebelum mangsa ‘berlakon’ seolah-olah dia menghubungi polis menggunakan telefon bimbit.
“Lakonan mangsa ternyata menyelamatkannya daripada kemungkinan menjadi mangsa culik atau rogol oleh suspek berkenaan yang beredar meninggalkannya,” katanya.
Sumber berkenaan berkata, walaupun mangsa sempat mencatat nombor pendaftaran kereta suspek, namun pemeriksaan mendapati ia nombor palsu.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek yang memang sengaja mengambil kesempatan mencabul kehormatannya.
“Sehubungan itu, polis kini menjejaki suspek dan sesiapa yang melihat kejadian terbabit atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan,” katanya.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger