Home » » Pejabat SPRM Terbakar/Nizar News

Pejabat SPRM Terbakar/Nizar News

Written By canang on Selasa, 10 November 2009 | 11/10/2009 03:35:00 PTG



Kecekapan pasukan Bomba dan Penyelamat Langkawi hari ini berjaya menyelamatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini daripada musnah dalam satu kebakaran lewat petang semalam.

Ketua balai bomba Langkawi Ishak Hashim berkata 16 anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal api yang sedang marak di bahagian stor pejabat yang terletak di tingkat satu Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) itu.

"Dua jentera bersama 16 anggota dari Jalan Kisap dan Jalan Persiaran Putra bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada kira-kira pukul 7 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger