Home » » MCA semakin parah,Nizar News:Wee sedih ahli jawatkankuasa disiplin MCA letak jawatan

MCA semakin parah,Nizar News:Wee sedih ahli jawatkankuasa disiplin MCA letak jawatan

Written By canang on Jumaat, 6 November 2009 | 11/06/2009 06:18:00 PTG

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, merasa terkilan apabila mendapati lima anggota Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti meletak jawatan serentak semalam.

Sambil menganggap perbuatan itu sebagai satu protes secara senyap-senyap, Wee berkata mereka sebenarnya bertindak demikian kerana mahu kreabiliti mereka dijaga.

"Saya rasa memang sedih mereka meletak jawatan tetapi apa yang mereka lakukan adalah satu mesej yang jelas. Saya yakin ahli-ahli MCA akan membuat tafsiran terhadap perkara ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, enggan mengulas laporan mengenai lima anggota Jawatankuasa Disiplin MCA termasuk Pengerusinya, Ng Cheng Kiat, yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi dalam menangani pergolakan dan kemelut dalaman parti itu.

Pelbagai permasalahan timbul antara anggota parti dan yang terbaru permintaan untuk mengadakan EGM yang diajukan oleh 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) minggu lepas ditolak walaupun cadangan tersebut adalah bagi memberi laluan untuk pemilihan baru parti.

Ketua undang-undang baru parti itu, Lim Hong San berpendapat EGM yang mahu mereka adakan bertentangan dengan perlembagaan parti dan tidak mungkin akan berjaya menyelesaikan masalah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger