Home » » Najib Altantuya,Nizar news:Si mati’ hadiri pengkebumian.

Najib Altantuya,Nizar news:Si mati’ hadiri pengkebumian.

Written By canang on Jumaat, 6 November 2009 | 11/06/2009 06:45:00 PTG

Seorang pekerja kontrak yang dilapor terbunuh dalam kemalangan kereta mengejutkan keluarga apabila muncul ketika ‘mayatnya’ akan dikebumikan di kawasan kubur berhampiran kediamannya.
Sebelum itu, ahli keluarga Ademir Jorge Goncalves, 59, mengenal pasti mayat di bilik mayat hospital Parana, selatan Brazil sebagai mayat beliau.
Mayatnya dikebumikan keesokan harinya, kebetulan berlangsung di hari Finados, hari rakyat Brazil melawat kubur saudara mereka.
Hakikatnya, keluarga Goncalves tidak sedar beliau sebenarnya tertidur di pusat perhentian lori kerana mabuk minum tuak tebu, cachaca.
Beliau tidak sedar, ‘mayatnya’ akan dikebumikan hinggalah upacara itu berlangsung.
Jurucakap polis Santo Antonio da Platina berkata, Goncalves berkejar ke tanah perkuburan untuk memaklumkan kepada keluarganya beliau belum mati.

“Mayat yang terbabit dalam kemalangan itu terlalu teruk tapi baju yang dipakai mangsa sama seperti baju Goncalves.
“Hakikatnya, manusia takut untuk melakukan penelitian terperinci apabila mengecam mayat dan saya percaya itulah yang berlaku dalam kes ini,” kata jurucakap polis.
Anak saudara Goncalves, Rosa Sampaio mendakwa ada ahli keluarga tidak pasti mayat yang dicam itu adalah beliau.
“Dua pakcik dan saya sangsi mayat mangsa kemalangan itu adalah Goncalves.
“Namun, makcik dan empat lagi rakannya mengesahkan mayat itu adalah mayat Goncalves.
“Kami terpaksa menurut dan melaksanakan upacara pengkebumian,” katanya.

Jurucakap polis itu mengesahkan ada pihak sangsi identiti mayat.
“Ibu Goncalves melihat mayat di dalam keranda itu berulang kali. Nasib baik Goncalves akhirnya datang ke tanah perkuburan,” katanya lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger