Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di Kampung Banggol Permaisuri, Setiu hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten komisioner Mohd Fuzi Abduri, berkata kepala bayi itu ditemui pada kira-kira jam 1 pagi oleh seorang penduduk kampung yang ingin membuang sampah di tempat pembuangan sampah itu.
"Badan bayi yang dipercayai dibuang di situ sejak seminggu lalu, dipercayai sudah dimakan binatang buas," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan seorang suri rumah berumur 41
tahun pada jam 3.30 pagi ini bagi membantu sisatan kes itu.Mohd Fuzi berkata, siasatan awal polis mendapati wanita yang ditahan itu baru rujuk dengan bekas suaminya kira-kira sebulan lalu.
Home »
» Nizar News:Kepala bayi sudah berulat dijumpai di tapak pembuangan sampah
Nizar News:Kepala bayi sudah berulat dijumpai di tapak pembuangan sampah
Written By canang on Isnin, 2 November 2009 | 11/02/2009 07:20:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan