Home » » Zambry Haram vs Nizar Selamatkan Perak News:Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah terima rasuah

Zambry Haram vs Nizar Selamatkan Perak News:Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah terima rasuah

Written By canang on Isnin, 2 November 2009 | 11/02/2009 06:57:00 PTG

Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan empat tahun lepas.
Mohamad Fadzly Yusof @ Mat Noor, 29, menghadapi tiga tuduhan dan Muhamad Rosli Mustaffa, 46, menghadapi dua tuduhan. Kedua-dua mereka berkhidmat di pusat khidmat polis di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini.
Mohamad Fadzly didakwa cuba memperoleh wang suapan sebanyak RM1,000 daripada Mohd Fazli Md Lazim sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan terhadapnya kerana didakwa berkhalwat dengan Salbiah Hashim dan menerima RM100 daripadanya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Bayan Lepas, berdepan dengan Agilent Technologies, di sini, pada kira-kira pukul 9.15 malam, 5 Jan. 2005.
Dia juga menghadapi tuduhan ketiga iaitu menerima RM900 daripada Mohd Fazli untuk tujuan sama di luar pusat khidmat polis FIZ dekat sini pada pukul 2 petang, 6 Jan. 2005.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger