Home » » Nizar News/Kes Anwar, Saiful 28 Januari

Nizar News/Kes Anwar, Saiful 28 Januari

Written By canang on Selasa, 10 November 2009 | 11/10/2009 12:55:00 PTG



KUALA LUMPUR: Kes saman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan berniat jahat kerana membuat laporan polis bahawa dirinya (Mohd Saiful) diliwat Anwar, ditetapkan pada 28 Januari untuk pengurusan kes.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya, semalam.
Pada 30 Jun tahun lalu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menfailkan saman terhadap Mohd Saiful mendakwanya membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi, di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya sebagai ahli politik.
Anwar, 62, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Mohd Saiful, 24, tahu bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu, namun bekas pembantunya itu tetap membuat laporan polis itu pada 28 Jun tahun lalu. Anwar mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat.
Mohd Saiful dalam pernyataan pembelaan yang difailkan Mei lalu berkata, laporan polis itu adalah bersifat justifikasi dan sekiranya laporan itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar terhadap tuduhan liwat itu.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful dan beliau dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin sementara menunggu perbicaraan kes.
Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 November ini di Mahkamah Tinggi.






Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger