Home » » Nizar News:Mati tertikam pisau rakan sebilik

Nizar News:Mati tertikam pisau rakan sebilik

Written By canang on Ahad, 8 November 2009 | 11/08/2009 11:38:00 PTG


Seorang lelaki warga Vietnam mati akibat tertikam pisau secara tidak sengaja oleh rakan sebiliknya di Taman Prima, Selayang, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa, Nong Viet Dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan didakwa cuba memotong kaki rakan sebiliknya.
Rakan sebiliknya, Duong Van Huong, yang sedang tidur ketika itu terbangun dan terkejut apabila melihat rakannya itu sedang cuba memotong kakinya (Duong) dengan pisau.

Berikutan itu, Duong cuba mempertahankan dirinya dengan menolak pisau itu daripada tangan Nong dan secara tidak sengaja senjata itu tertusuk ke dada mangsa, kata Abdul Rahim.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun mati tujuh jam kemudian.
Polis menahan Duong untuk siasatan dan merampas senjata itu.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger