
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin mahu Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membuat permohonan maaf secara rasmi berhubung penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
Ini berikutan PGSM telah menghantar kenyataan kepadanya meminta maaf atas tuduhan kepadanya dan menarik balik memorandum berkenaan ura-ura lantikannya sebagai Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
“Perbincangan dibuat atas kedua-dua belah pihak, PGSM bersetuju untuk menarik balik tuduhan ke atas DR ASri dan memorandum kami dan isu ini selesai setakat ini dengan ini dengan ini kedua-dua pohak pun tak setuju untuk memanjangkan isu ini dari kritikan semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hasil pertemuan tertutupnya membabitkan tiga pihak iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Presiden PGSM dan beliau sendiri.
Jelas Dr Asri, PGSM perlu membersihkan semula namanya dari pelbagai pandangan negative orang ramai terhadapnya setelah apa yang berlaku.
“Saya harap ini akan dilaksanakan secara rasmi dan oleh sebab itu saya tak mahu beri apa-apa respon atau menerima secara mutlak. Saya harap mereka keluarkan kenyataan atau dalam laman web mereka dan releasekan kepada media kerana perkara ini dah tersebar tuduhan ini yang menyebabkan pelbagai persepsi negatif,” katanya.
Bagaimanapun, PGSM dalam laporan yang dikeluarkan akhbar tempatan tetap akan mempertahankan memorandum itu, malah permohonan secara terbuka juga tidak akan dilakukan.
Presidennya, Mohamad Isa Abdul Raip berkata, PGSM hanya akan menarik balik penyiaran memorandum berkenaan dari laman web rasmi yang telahpun di lakukan sebelum Dr Asri mendedahkannya kepada media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan