
Sikap tidak bermoral melompat parti oleh ADUN Pelabuhan Klang bulan lalu sudah mengundang ketidakpuasan rakyat kawasan terbabit apabila hari ini mereka mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Dewan Negeri Selangor.
Dengan dikepalai oleh Angakatan Muda Keadilan Selangor, mereka mendesak Badrul supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berikutan kegagalannya menjalankan tugas dengan baik dalam kawasannya.
“Surat dan memorandum ini adalah berkaitan dengan mendesak beliau selaku ADUN Pelabuhan Klang untuk letak jawatan segera, serahkan kembali mandat kepada rakyat jangan biarkan rakyat menjadi mangsa keadaan dan dalam memorandum yang kita serahkan, kita tak dapat serahkan kepada beliau, kita telah letakkan ada 11 perkara kegagalan beliau sepanjang menjadi ADUN selama 2 tahun ini di Pelabuhan Klang”, kata Khairul Anuar.
Perhimpunan yang bermula jam 9.40 pagi tadi di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini berakhir dengan aman.
Bagaimanapun, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum tersebut tidak kesampaian apabila Badrul enggan menemui mereka yang ketika itu mesyuarat sidang DUN bersiap sedia berlangsung.
Sehubungan itu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin bercadang menyerahkannya kepada Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim supaya dapat memberikannya kepada Badrul nanti.
Teng yang ditemui enggan menjadi “penghantar surat” bagi pihak Badrul sebaliknya mahu Khairul menyerahkannya sendiri kepada ADUN Pelabuhan Klang itu.
“Sebenarnya saya berasa tersinggung kerana pemuda AMK tidak mahu YB Nik Nazmi untuk menerima memorandum tersebut dan meminta bertegas juga meminta wakil dari pejabat saya untuk menerimanya dan kemudian menyerahkannya kepada YB Badrul Hisham, jadi pada saya ini adalah bertentangan dengan protokol dan juga bertentangan dengan amalan dewan kerana pejabat Speaker yang nuetral tidak terlibat dengan soal perbalahan politik ini”, tegas Teng.
Dalam pada itu, pada jam 12 tengahari tadi Badrul kelihatan beredar segera dari Bangunan Dewan Negeri dengan kenderaan MPV Toyota Wish.
Ketika diminta mengulas demonstrasi tersebut, katanya beliau kini parti Bebas dan desakan ini tidak menghalang beliau untuk terus menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan