Home » » Nizar News: Vokalis kumpulan Spider melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan

Nizar News: Vokalis kumpulan Spider melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan

Written By canang on Isnin, 9 November 2009 | 11/09/2009 04:02:00 PTG



“Ini impian terbesar saya tahun ini yang akhirnya tercapai,” kata vokalis kumpulan vokalis, Rustam Mustafah atau Tam selepas majlis pernikahan bersama gadis pilihan, Aida Mustafa selesai dilangsungkan di Masjid Jamek Pekan Nenas di sini, pagi semalam.
Tam, 36, yang segak berbaju Melayu Johor serba putih dinikahkan imam masjid, Kalimin Sarmon. Pasangan ini yang bertunang sejak 15 Ogos lalu sah bergelar suami isteri selepas Tam melafazkan akad nikah dua kali.
Katanya, dia memilih Aida, 28, sebagai isteri kerana wanita itu sudi menerima dia dan anak sulungnya, Mohd Aliff, 15, untuk hidup bersama. Aida, pengarah urusan sebuah syarikat pengurusan acara berkenalan dengan Tam hampir lima tahun lalu.
Pasangan ini mengambil keputusan berkahwin selepas menjalinkan perhubungan cinta serius sejak setahun lalu. Tam yang menduda sejak lebih 10 tahun lalu, memberi wang hantaran RM20,00 kepada Aida bersama lima barang iaitu cincin dan sirih junjung, manakala Aida turut memberi tiga barang seperti cincin dan sirih junjung.

Kami akan meneruskan kerjaya masing-masing seperti biasa selepas ini. Buat masa ini, kami tangguh dulu hasrat berbulan madu kerana saya dengan Aida sibuk dengan komitmen kerja. Jika ada kesempatan nanti, kami mungkin sekadar bercuti dalam negara,” katanya.
Bagi Aida, dia bersyukur kerana majlis pernikahan dan persandingan berjalan lancar. Dia tidak menyangka lebih 5,000 tetamu hadir pada majlis itu biarpun hanya menjangkakan 3,000 jemputan.
“Saya gembira kerana segala-galanya selesai mengikut perancangan. Saya tidak kisah dengan statusnya, tetapi bersyukur mempunyai suami penyayang sepertinya.
“Saya juga menyayangi Aliff seperti anak saya sendiri,” katanya.







Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger