
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan dakwa lima orang, termasuk seorang Ahli Parlimen dari Selangor atas tujuh tuduhan rasuah, esok.
SPRM dalam kenyataannya petang ini berkata, mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.
Ahli Parlimen yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pembantunya ditangkap atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
"Bekas Adun yang kini Ahli Parlimen itu ditahan kerana kesalahan mengemukakan invois palsu ketika menjadi Adun Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
"Pembantunya pula ditahan atas kesalahan bersubahat dengannya," kata kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan