Home »
» Umno Parti Tong Sampah,Nizar News:Pertom kecewa dakwaan Ahli Parlimen tomyam campur sebabkan penyakit -Sri Gading
Umno Parti Tong Sampah,Nizar News:Pertom kecewa dakwaan Ahli Parlimen tomyam campur sebabkan penyakit -Sri Gading
Written By canang on Isnin, 2 November 2009 | 11/02/2009 10:37:00 PTG
Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia (Pertom) melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz bahawa tomyam campur boleh mengakibatkan pelbagai peny:akit.
Presidennya, Mohammad Ab Rahman berkata, kenyataan wakil rakyat itu adalah satu kenyataan melulu dan tanpa bukti yang kukuh, secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan ahli-ahlinya.
Menurutnya, seharusnya individu terbabit membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu fakta yang boleh mengguris hati pihak lain lebih-lebih lagi kenyataan itu dikeluarkan :pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat dan disiarkan dalam akhbar (bukan Sinar Harian) pada 30 Oktober lalu.
“Apa yang kita bimbangkan kenyataan itu akan menjejaskan peniaga-peniaga tomyam di seluruh Malaysia.
“Jika dibiarkan kita takut pelanggan-pelanggan akan salah faham sedangkan tomyam mempunyai pelbagai khasiat namun telah disalah tafsirkan oleh individu tertentu,” katanya.
Menurutnya, setelah kenyataan itu dikeluarkan ramai pelanggan yang bertanyakan seolah-olah mereka berasa ragu untuk menikmati tomyam campur dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan :peniaga-peniaga Bumiputera.
Katanya, ekoran kejadian itu, pihaknya juga akan memanjangkan isu tersebut kepada Penaung persatuan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar pencegahan fakta dapat diperbetulkan untuk mengelakkan kekeliruan.
“Apa yang kita harapkan dapat duduk berbincang bersama dengan jawatankuasa Pertom dan menjelaskan fakta tomyam campur boleh membawa penyakit,” katanya.
Pada 30 Oktober lalu, akhbar tabloid menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang melontarkan persoalan tomyam campur mengakibatkan penyakit dan meminta perkara itu diberikan pengesahan oleh Kementerian Kesihatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan