Home »
» Nizar vs Zambry, News:Tiga pelajar perempuan belanja RM500,000 guna kad kredit palsu
Nizar vs Zambry, News:Tiga pelajar perempuan belanja RM500,000 guna kad kredit palsu
Written By canang on Ahad, 1 November 2009 | 11/01/2009 08:07:00 PG
Tiga pelajar perempuan Malaysia didakwa telah diperalatkan oleh satu sindiket pemalsuan kad kredit yang diketuai seorang lelaki Sri Lanka untuk membeli barangan mahal di bandar raya ini.
Pelajar terbabit, yang dipercayai mengikuti kursus dalam bidang persolekan di beberapa kolej di sini, bagaimanapun telah pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas.
Kegiatan jenayah mereka itu terbongkar selepas polis Chennai menangkap lelaki berusia 25 tahun itu yang kini menjadi warganegara Kanada.
Ketiga-tiga pelajar perempuan itu diperalatkan ketua sindiket berkenaan bagi membeli barang kemas dan telefon bimbit bernilai hampir 50 lakhs (RM500,000).
Bagi setiap pembelian, pelajar terbabit diupah kira-kira 5,000 rupiah India (RM500).
"Gadis-gadis ini sah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. Kami sedang mengenal pasti nama sebenar, alamat dan nama kolej mereka. Sebaik saja mendapat semua maklumat ini, kami akan tulis surat kepada Interpol bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menyiasat gadis terbabit,'' kata C. Sridhar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Chennai (Bahagian Jenayah Khas)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan