Home » » Zamry Menteri Pasola vs Nizar Otai Rakyat Perak News:Siasat syarikat ambil deposit projek ternakan di Perak

Zamry Menteri Pasola vs Nizar Otai Rakyat Perak News:Siasat syarikat ambil deposit projek ternakan di Perak

Written By canang on Ahad, 1 November 2009 | 11/01/2009 12:19:00 PG

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung kegiatan sebuah syarikat yang mendakwa wakil kepada kementerian itu menjalankan aktiviti mengambil deposit daripada orang ramai untuk projek penternakan di Perak.
Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin, berkata syarikat itu juga yang mendakwa mendapat kerjasama daripada Agro Bank, mengenakan bayaran RM6,000 seorang sebagai pelaburan bagi syarat menyertai syarikat itu.

Bazlan mengulas aktiviti sekumpulan kakitangan syarikat swasta yang menemuduga beberapa orang awam di sini untuk melabur dalam sebuah syarikat yang dikatakan ditubuhkan di bawah kementerian itu.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh beberapa orang mengenai kegiatan syarikat itu yang mendakwa ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan dan mereka bergerak aktif menjalankan kegiatan menternak ikan arowana di Perak.

"Dalam masa yang sama saya menerima laporan bahawa kegiatan itu tidak dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Agro Bank," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi meminta orang ramai supaya tidak mudah mempercayai dan terbabit dalam pelaburan seumpama itu sekiranya tidak mendapat penjelasan daripada pihak berkenaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger