Lebih mengejutkan apabila sesi tawar-menawar pelacur terbabit hanya menggunakan bahasa isyarat selain, saling meletakkan harga melalui kaedah berbisik atau menunjukkan bilangan jari sebelum harga perkhidmatan dipersetujui.
Pelanggan lelaki yang bersetuju dengan kadar harga diletakkan kemudian akan dibawa ke 'mahligai' rahsia berhampiran lokasi pembuangan sampah di tingkat lima bangunan berhampiran untuk berasmara -'cinta 10 minit'.

Aktiviti tidak bermoral berkenaan berjaya dihidu wartawan selepas beberapa penghuni berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Pudu, di sini, membuat aduan selepas terganggu dengan aktiviti pelacuran dan kehadiran gadis murahan yang kebanyakannya warga asing.
Seorang penghuni pangsapuri terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 34, berkata kebanjiran pelacur warga asing terbabit benar-benar meloyakan berikutan mereka gemar 'bersidai' dan duduk berbaris berhampiran eskalator sambil menunggu pelanggan.
Menurutnya, dalam waktu puncak sekitar jam 12 tengah hari, jumlah 'gadis eskalator' ini boleh mencecah sehingga 30 orang dan kebanyakan pelanggan akan datang ke kawasan itu untuk mencuci mata sambil melampiaskan nafsu.
"Wanita berpakaian seksi ini hanya berlegar-legar berhampiran tangga eskelator dengan berdiri beramai-ramai dalam keadaan berbaris. Tanpa segan silu mereka akan menyapa lelaki yang menaiki eskalator berkenaan sambil tersenyum nakal," katanya.
Sementara itu, wartawan Harian Metro yang turut menyamar sebagai pengunjung lokasi berkenaan mendapati hampir 20 pelacur terutama warga asing berpeleseran di kawasan berkenaan seawal jam 8 pagi lagi.
Kebanyakan wanita berkenaan dikesan menggunakan lif dan tangga berhampiran untuk keluar masuk sebelum memilih lokasi berhampiran tangga eskalator berkenaan untuk mencari pelanggan.
Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan wanita ini yang saling bersaing mendapatkan pelanggan antara satu sama lain sanggup menurunkan harga perkhidmatan sehingga serendah RM20.
Tinjauan mendapati, kebanyakan pelanggan yang bersetuju dengan tawaran terbabit kemudian akan dibawa menaiki lif berhampiran ke tingkat atas bangunan.
Hasil daripada intipan, salah seorang pelanggan didapati dibawa salah seorang pelacur berkenaan ke tingkat lima bangunan pangsapuri terbabit. Namun agak memualkan apabila bau busuk sampah menusuk hidung sebaik pintu lif terbabit terbuka.
Bau busuk berkenaan berpunca dari kawasan lapang berhampiran lif berkenaan yang dijadikan lokasi untuk membuang sampah-sarap oleh penghuni pangsapuri berkenaan.
Pasangan berkenaan kemudian dilihat menuju bilik diperbuat dari papan lapis berhampiran lokasi pembuangan sampah terbabit sebelum membuka pintu yang dipasang dengan mangga kunci khas.
Semuanya terbongkar apabila siasatan mendapati di sebalik dinding kayu lapis terbabit wujud beberapa bilik kecil yang dibina khas bagi digunakan untuk melampaiskan nafsu. Setiap bilik kecil terbabit yang disewa gadis pelacur berkenaan didapati lengkap dengan tilam bagi dijadikan 'markas' melayan pelanggan.
Pelanggan lelaki terbabit kemudian dilihat keluar dari bilik berkenaan kira-kira 15 minit kemudian selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.
Salah seorang penduduk, Saerah Abdul Majid, 35, berkata, kebanyakan gadis pelacur warga China berkenaan sudah bermastautin lama di pangsapuri berkenaan dengan menyewa bilik secara beramai-ramai.
"Mereka bukan hanya tinggal menyewa di tingkat lima malah hampir setiap tingkat dihuni mereka yang pengotor dan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan