Malah, mutu perkhidmatan RapidKL yang masih belum menunjukkan perubahan sehingga menimbulkan banyak rungutan di kalangan orang ramai dilihat sebagai tidak seiring dengan konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang menjadi slogan kerajaan ketika ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman, kelemahan utama syarikat bas itu berpunca daripada ketidakcekapan pengurusan sehingga berlaku banyak kepincangan dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap.
"Jika mereka gagal mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan, tukar saja pengurusan dan beri kepada mereka yang lebih profesional dan kompeten untuk menguruskan pengangkutan awam," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan