Home » » Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh

Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh

Written By canang on Isnin, 1 Februari 2010 | 2/01/2010 09:16:00 PG


Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.

Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.

Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.


Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.

“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.

Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.

“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.

Share this article :

1 ulasan:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

tahniah tengku razaleigh hamzah kerana mempunyai pendirian yang teguh di atas prinsip kebenaran dan keadilan untuk semua rakyat malaysia.. pemimpin yang macam ni la yang kita nak.. berkata benar walaupun pahit yang bakal diterima nanti.. teruskan membongkar segala kebenaran dan kebatilan.. kami sentiasa menyokong anda..:)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://stormreaders.net/zulfadhli

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger