
Pelawak Britain, Russell Brand mahu mengahwini teman wanitanya iaitu bintang pop Katy Perry dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.Sebuah akhbar melaporkan bahawa dia turut mengidam supaya tetamu di majlis perkahwinan mereka turut hadir dalam keadaan tanpa seurat benang.
"Namun, ia bukan keputusan muktamad. Kami masih lagi berbincang mengenainya," kata Brand kepada majalah People.
"Saya dapat merasakan majlis perkahwinan yang saya idamkan itu tidak munasabah," tambahnya.
Bagaimanapun, pelawak berusia 34 tahun itu mengakui bahawa dia tidak sabar menantikan saat bahagia untuk menjadi suami Perry, 25.
Saya akan berkahwin dengan seorang wanita cantik. Saya turut menyukai kerja saya. Apa lagi yang saya mahukan?," katanya.

Brand bertunang dengan penyanyi yang popular dengan lagu Hot N Cold itu pada bulan lalu. - Agensi
1 ulasan:
die nie nak cari populariti jer nie.. xde perasaan malu langsung..
Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli
Catat Ulasan