
Exco Kanan Kerajaan Selangor, Teresa Kok menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tegas terhadap pengawai khasnya, Datuk Nasir Safar.
Beliau menyifatkan kenyataan Nasir itu dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan ianya menyentuh sensitiviti kaum serta jelas melanggar Akta Hasutan.
Sehubungan itu katanya, permohonan maaf secara terbuka perlu dilakukan dan Nasir seharusnya dikenakan tindakan undang-undang.
Nasir dipercayai terpaksa meletak jawatan berikutan kenyataannya yang berbaur perkauman dan menyinggung perasaan rakyat keturunan Cina dan India.
Dalam keghairahannya berhujah, Nasir melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang semasa berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan