Home »
» Pusat hiburan diberi jolokkan 'Syurga karaoke janda’
Pusat hiburan diberi jolokkan 'Syurga karaoke janda’
Written By canang on Rabu, 3 Februari 2010 | 2/03/2010 03:00:00 PTG
Selepas sehari kegiatan pusat hiburan yang diberi jolokan `syurga karaoke janda’ didedahkan Harian Metro, sepasukan polis menggempur premis terbabit di Taman Maluri, Cheras di sini, selepas menyamar pelanggan hampir sejam, jam 2.30 pagi semalam.
Operasi dilakukan anggota Bahagian Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama beberapa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu dijalankan dengan teliti bagi memastikan usaha memerangkap dan menahan individu menyediakan khidmat seks di kalangan pelanggan pusat karaoke itu berhasil. Ketua Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata serbuan dilakukan selepas perancangan terperinci dibuat bagi memastikan individu bertanggungjawab diberkas. “Kami mengambil masa hampir sejam untuk memerangkap mereka. Polis menahan dua lelaki dipercayai pengurus pusat karaoke itu bersama seorang wanita yang dipercayai ibu ayam bersama lapan pelayan. “Seorang daripada mereka didapati positif dadah. Polis turut merampas sebuah buku nota yang digunakan pelayan sebagai catatan setiap kali menerima tempahan pelanggan,” katanya. Semua ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. “Mereka direman tiga hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan mengenai kegiatan pusat karaoke itu yang didakwa turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan. Difahamkan, pusat berkenaan menyediakan pelayan terdiri janda yang memiliki tubuh menggiurkan sebagai tarikan kepada pelanggan.
Pusat karaoke itu turut menyediakan kerusi panjang dalam tandas dipercayai digunakan sebagai ‘katil’ kepada pelanggan yang mahukan khidmat seks. Turut menjadi tarikan ketika waktu puncak apabila lampu bilik karaoke terbabit akan dipadamkan sebagai isyarat membolehkan pelanggan `melakukan’ pelbagai aksi kepada pelayan ditempah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan