
JAKARTA - Ibu seorang aktres Indonesia, Jenny Cortez (gambar) dilaporkan menitiskan air mata apabila diberitahu mengenai penyebaran gambar separuh bogel anaknya secara meluas menerusi Internet, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Semasa ditemui di rumahnya di Jakarta Timur kelmarin, Asi berkata, hatinya hancur dan berasa kecewa setelah dimaklumkan ada pihak merakamkan aksi Jenny terlucut kain berkemban semasa menjalani penggambaran sebuah filem.
"Saya malu, sebagai orang tua, siapa yang mahu melihat gambar anaknya dalam keadaan sedemikian," katanya yang kemudian tidak dapat menahan air mata dan menangis kesedihan apabila ditanya pemberita akhbar itu.
Jenny kelmarin dilaporkan terkejut dan malu apabila mengetahui gambar yang menunjukkan payu daranya semasa dia menjalani penggambaran filem Pemburu Hantu telah disebarkan di Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dia yang berasa kesal kini merancang untuk membuat tuntutan saman kepada pihak pengeluar filem tersebut, Cita Barry Production yang diyakini bertanggungjawab dengan penyebaran gambar itu.

Asi mengaku dia menanggung keaiban ekoran penyiaran foto Jenny serta berhasrat memfailkan tindakan undang-undang kepada pihak yang didapati merakam dan menyebarkan gambar anaknya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan