Home »
» Laporan Bedah Siasat Kedua Perlu Diperakui Pakar Lain
Laporan Bedah Siasat Kedua Perlu Diperakui Pakar Lain
Written By canang on Jumaat, 19 Februari 2010 | 2/19/2010 08:42:00 PTG
Pakar perubatan Dr Lee Boon Chye memberitahu TV Selangor bahawa hasil laporan bedah siasat kedua yang dikemukakan oleh Dr Shahidan perlu diperakukan oleh pakar-pakar lain yang hadir pada bedah siasat kedua itu.
Bedah siasat kedua dijalankan 22 November lalu oleh Shahidan disaksikan Dr. Pornthip Rojanasunand dan pakar forensik luar yang dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Peter Venezis sebagai pemerhati.
Dr Lee dibekalkan salinan hasil laporan bedah siasat oleh Shahidan yang dibentangkan pada sidang inkues hari ini.
Beliau berkata adalah terlalu awal untuk menolak tanda-tanda lebam pada leher Beng Hock sebagai kesan jatuh dari tempat tinggi.
"Melihat laporan itu memang sukar untuk kita untuk putuskan sama ada memang ada tanda-tanda cekik leher. Memang di situ dia ada tulis ada beberapa tanda luka di bahagian leher, yang mungkin akibat apa yang dikatakan cekikan di leher tapi saya tidak boleh mengesahkannya. Di situ memang ada tulis ada beberapa tanda di bahagian leher. Tetapi saya tidak boleh komen mengenai perkara ini sebab. Ada banyak perkara yang tidak dapat kita kenal pasti sebab ini mengikut laporan daripada satu pakar, kita perlu melihat sama ada penemuan lain oleh pakar lain,"katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan