
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN, Datuk Seri Tiong King Sing dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang beliau dakwa berbaur fitnah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hartini Abdul Hamid menetapkan 27 April ini untuk mendengar permohonan itu.
Ong dalam permohonanan injunksinya itu berkata Tiong menghamburkan fitnah terhadapnya dengan tujuan menghalang penyiasatan adil terhadap penyalahgunaan kewangan PKFZ. Ong juga berkata Tiong mahu merosakkan reputasinya sebagai seorang menteri BN, Presiden MCA dan Ahli Parlimen.
pada 24 Ogos tahun lalu, Tiong, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimenasi Sdn Bhd, menghadapi tindakan saman fitnah RM500 juta dari Ong berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.
Tiong mendakwa Ong telah menerima sejumlah RM10 juta darinya seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini 12 Ogos tahun yang sama.
Ong berkata melalui surat bertarikh 13 Ogos 2009, beliau menuntut Tiong, untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf tetapi sehingga kini Tiong enggan berbuat demikian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan