Home »
» Remaja tidur tidur selama dua minggu tanpa terjaga.
Remaja tidur tidur selama dua minggu tanpa terjaga.
Written By canang on Ahad, 14 Februari 2010 | 2/14/2010 08:51:00 PG
LONDON: Louisa Ball, 15, menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sejak beberapa tahun lalu dengan tidur di atas katilnya. Dia boleh tidur selama dua minggu tanpa terjaga.
Masalah tabiat tidur luar biasa yang dialami Louisa jarang berlaku dan dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levin atau penyakit ‘Sleeping Beauty’ yang akan menyebabkan dia tertidur untuk tempoh lama kadangkala hingga beberapa minggu.
Berikutan penyakit itu, Louisa sering tidak ke sekolah, tidak dapat menyertai kelas tarian dan tidak dapat bercuti bersama keluarga kerana dia tidur nyenyak sepanjang tempoh itu.
Penyakit Louisa mula dikesan pada Oktober 2008 selepas dia sembuh daripada selesema.
Ibunya, Lottie, 45, berkata: “Dia diberi ubat selesema untuk seminggu tetapi tidak pernah sembuh sepenuhnya. Selepas itu kami dapati dia mula tidur lena untuk jangka waktu yang luar biasa lamanya,” katanya. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan