Home » » Ahli Parlimen Pasir Mas berang

Ahli Parlimen Pasir Mas berang

Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 09:32:00 PG

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, dan portal berita Malaysiakini kerana mengaitkan beliau dengan saham syarikat judi.

“Saya mencabar Saifuddin supaya mengulangi dakwaan fitnah itu di luar dewan kerana ketika Saifuddin membuat dakwaan tersebut di dalam Dewan saya tidak berkesempatan untuk mencelah untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Saya tidak pernah ada saham judi seperti dituduh, saya berani bersumpah dan junjung al-Quran,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sebelum itu, Ibrahim Ali dan Saifuddin mengambil peluang semasa ucapan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat bagi membangkitkan isu fitnah.

Ketika Zulkifli berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim bangun mencelah dan berkata, dakwaan yang ditimbulkan Saifuddin kelmarin merupakan satu fitnah besar.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang kemudiannya bangun dan menjelaskan, ucapannya kelmarin boleh dirujuk di dalam Hansard Dewan Rakyat.

Ibrahim yang berang kemudiannya berkata, Saifuddin telah masuk dan keluar pelbagai parti politik.

“Ini lebih daripada katak puru,” katanya.

Pelakuan yang berlarutan selama beberapa minit itu kemudian menyebabkan Zulkifli meminta kedua-dua pihak menyelesaikan kes mereka di luar Dewan.


Kelmarin, Saifuddin ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, telah mengaitkan Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

“Pasir Mas (Ibrahim), pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu.

"Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan,” katanya.

Saifuiddin turut memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.Sila Klik
The Big Short: Inside the Doomsday Machine


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger