Home » » Judi: Umno BN Harus Contohi Pendirian Ahli Parlimen Bukan Islam

Judi: Umno BN Harus Contohi Pendirian Ahli Parlimen Bukan Islam

Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 12:04:00 PG

SHAH ALAM 25 MAC: Pengerusi Sekretariat Ulama Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsudin mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya menilai semula amalan menjadikan hasil judi untuk menampung perbelanjaan yang turut ditolak masyarakat bukan Islam.

“Sebagai orang Islam, bahkan orang bukan Islam juga seperti Ahli Parlimen Rasah, kalau tidak silap,menimbulkan keburukan judi yang membawa implikasi berangkai," katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Abdul Ghani menyarankan pimpinan Umno-BN seharusnya tidak menggalakkan amalan perjudian ini, apatah lagi meluluskan 60 cabutan khas untuk 2010.

Pada 18 dan 22 Mac di sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Luke Siew Fook meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah kutipan hasil aktiviti judi dan tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas tersebut.

Najib bagaimanapun dilapor mengatakan kutipan hasil judi itu digunakan untuk pembangunan negara.Sila Klik


Abdul Ghani turut mempersoalkan tindakan kerajaan Umno BN itu yang bercanggah dengan Al-Quran walaupun mereka mengaku dan mendabik dada, kononnya Umno satu-satunya parti yang membela agama dan bangsa.

“Sebagai orang Islam, orang yang mendakwa mahu menegakkan Islam tetapi menjadikan lesen atau cukai judi sebagai sumber kewangan pembangunan rakyat orang miskin ini, tentu tidak wajar dan membawa padah yang besar,” katanya.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger