KUALA LUMPUR - Polis memburu seorang pelakon dan model tahun 1990-an, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia memukul isterinya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pelakon berusia 41 tahun itu didakwa menghilangkan diri selepas kejadian itu yang berlaku di Kampung Cheras Baru di sini pada pukul 7 pagi 24 Mac lalu.
BADRUL dicari polis.
Menurut beliau, akibat kejadian itu mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa dia mengalami lebam di beberapa bahagian badan.
"Isterinya mendakwa dia ditumbuk di muka, pipi serta dicakar dan dipukul dengan batang penyapu," kata beliau.
Kata Abdul Jalil lagi, pengadu yang pernah bekerja sebagai penari di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mendakwa dikurniakan dua orang anak bersama Badrul kemudian dibawa oleh jirannya ke Balai Polis Ampang untuk membuat laporan dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut beliau, ini merupakan kali keempat sejak tahun lalu polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dia dianiaya oleh suaminya.
"Tiga laporan dahulu, dua membabitkan kes ugut dan satu kes mendatangkan kecederaan,
SILA KLIK SINI
Home »
» Badrul jadi buruan polis
Badrul jadi buruan polis
Written By canang on Isnin, 29 Mac 2010 | 3/29/2010 09:37:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan