KUALA LUMPUR - Orang Melayu kini telah hilang kepercayaan kepada UMNO dalam melindungi mereka sehingga terpaksa mencari altenatif baru membela nasib mereka, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Menurutnya, perkara berkenaan terbukti dengan penubuhan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuklah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Katanya, perkara itu berlaku kerana mereka lebih memberikan tumpuan masalah Melayu dan terhakisnya kepercayaan kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka.
"Prestasi UMNO pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.
“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadab,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadab seperti hari ini.
:Menurutnya, beliau bu�kan�lah rasis (perkauman), saya keturunan orang Melayu, nak (hendak) aman, hidup rukun dan damai. Hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987.
"Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak.
:“Pemerintahan terdahulu tidak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang, orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” katanya.
Dr Mahathir berkata, sudah menjadi budaya orang Melayu iaitu bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.
"Cuma UMNO lemah, jadi maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan diburukkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
"Bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menyelar sikap yang suka mempertikaikan sesuatu itu, misalnya keris sebagai simbol bangsa kita perlu meminta maaf dan budaya hanya kerana satu kaum hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara.
"Jadi NGO seperti Perkasa adalah platform terbaik bagi memperjuangkan hak mereka
SILA KLIK SINI
Home »
» Hilang kepercayaan kepada UMNO: Dr M
Hilang kepercayaan kepada UMNO: Dr M
Written By canang on Isnin, 29 Mac 2010 | 3/29/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan