Home » » 'Ceroboh' gereja, Al-Islam mohon maaf

'Ceroboh' gereja, Al-Islam mohon maaf

Written By canang on Sabtu, 6 Mac 2010 | 3/06/2010 06:17:00 PTG


Majalah Al-Islam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada gereja Katolik dan penganut Kristian berhubung penyiaran artikel 'Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad', keluaran Mei 2009.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi laman sesawang penerbitnya, Utusan Karya pada jam 6 petang semalam.

Menurut permohonan maaf itu lagi, artikel berkenaan tanpa disengajakan telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian, khususnya Katolik.

“Tinjauan itu dilakukan bertujuan mencari kesahihan dakwaan orang awam berhubung isu tersebut. Al Islam juga sama sekali tidak berniat untuk menghina agama Kristian, apatah lagi mengganggu atau menceroboh rumah ibadat mereka,"

Dalam permohonan maaf itu, pengarang Al-Islam juga berkata dua wartawan yang terlibat turut memohon maaf kerana tidak menyedari apa yang mereka lakukan semasa melaksanakan tugasan tersebut telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian.
Al-Islam juga berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi.




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger