Home » » Dr M: Orang Melayu Tidak Yakin Umno Berupaya Lindungi Mereka

Dr M: Orang Melayu Tidak Yakin Umno Berupaya Lindungi Mereka

Written By canang on Sabtu, 27 Mac 2010 | 3/27/2010 02:15:00 PTG


KUALA LUMPUR 27 MAC: Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis, kata bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), beliau berkata, orang Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.

Dr Mahathir menyifatkan kewujudan banyak NGO Melayu kebelakangan ini yang memberi tumpuan masalah orang Melayu berlaku akibat terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka.

Mengikut Malaysia Kini, prestasi Umno pada pilihan raya 2008 terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah dan dilihat tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.


“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.Klik Sini



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger