Home » » Hampir 10,000 Rakyat Penuhi Stadium Mini Kuala Kubu Bharu

Hampir 10,000 Rakyat Penuhi Stadium Mini Kuala Kubu Bharu

Written By canang on Sabtu, 27 Mac 2010 | 3/27/2010 03:00:00 PTG


KUALA KUBU BHARU 27 MAC: Hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum memenuhi Stadium Mini Kuala Kubu Baru malam semalam bagi mendengar penerangan mengenai kempen Selamatkan Malaysia yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kubu Kubu Baru terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia akibat barah otak, kelmarin.

Kempen itu sebenarnya diatur sebelum pemergian Dr Zainal Abidin yang uzur selepas menang pilihan raya umum ke-12 dan kebetulan berlangsung ketika di ambang pilihan raya kecil.

Selain ucapan takziah kepada Allahyarham, pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh isu kepentingan negara, antaranya isu kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Pengarah Strategik PKR, Tian Chua antara yang berucap dalam majlis itu


Selain mereka, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San dari DAP turut menyampaikan ceramah.

Malah, dua aktivis utama Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu T Vasanthakumar dan V Ganabatirau juga hadir dalam ceramah tersebut.Klik Sini



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger