Home » » Inul ratu dangdut dan pelakon sensasi Ayu Azhari pula gagal cuba nasib jadi wakil rakyat

Inul ratu dangdut dan pelakon sensasi Ayu Azhari pula gagal cuba nasib jadi wakil rakyat

Written By canang on Sabtu, 6 Mac 2010 | 3/06/2010 07:55:00 PG


MALANG: Selepas pelakon sensasi Ayu Azhari gagal dalam cubaan untuk dicalonkan bertanding jawatan pegawai daerah Sukabumi, penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista pula dilapor menawarkan diri bagi menjadi calon pilihan raya pegawai daerah Malang di Jawa Timur.

Laporan yang dipetik akhbar Tempo menyatakan, Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah akan bertanding menggunakan tiket Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bahagian Malang, dalam pilihan raya yang dijadual diadakan Ogos depan.
Ketua Dewan Pengurus PKB Malang, HM Sanusi, memberitahu Inul menyatakan hasrat itu melalui guru agamanya Assyekh Habib Saggaf Mahdi di Pondok Pesantren Al-Ashriyyah Nurul Iman di Bogor.

"Habib Saggaf menghubungi saya, semalam. Beliau adalah guru agama Inul dan bertanya jika penyanyi itu mahu bertanding melalui PKB, berikutan wakil pegawai daerah Malang, Rendra Kresna turut menawarkan diri. Saya katakan kepada beliau tiada masalah dalam hal ini kerana PKB bersikap terbuka," katanya.

Sanusi juga mengaku sudah mengambil tindakan lanjut berikutan permintaan Habib Saggaf dengan mengarahkan pegawainya di Malang untuk menghubungi Dewan Pengurus PKB wilayah Jawa Timur di Surabaya dan Dewan Pengurus Pusat di Jakarta untuk membincangkan perkara itu.

Wakil ketua PKB daerah Wagir, Budiono berkata rancangan Inul untuk menjadi calon pilihan raya pegawai daerah Malang sudah diketuai lebih awal dan dibincangkan di kalangan tokoh PKB.

"Kami memang pernah membincangkan mengenai perkara ini, tetapi tidak dapat memberi maklumat lebih terperinci kepada orang ramai. Kami masih membincangkannya pada peringkat dalaman," katanya.

Beliau, bagaimanapun yakin, jika Inul terpilih sebagai calon, beliau mampu 'menggentarkan' calon lain manakala suasana pilihan raya itu nanti pasti 'lebih meriah' dan bersemangat.

Cuma, pada masa ini PKB belum membuat keputusan rasmi calon yang dipilih berikutan hanya seorang saja yang sudah mendaftar iaitu Ketua PKB Malang, Abdurrahman, manakala Sanusi dijangka mendaftar diri petang ini.

Sementara itu, Rendra menafikan Inul menemuinya. Ketua Parti Golkar daerah Malang itu berkata, partinya bersikap terbuka mengenai calon yang ingin mendaftar. � Agensi

Share this article :

1 ulasan:

uminas berkata...

Salam ..
Di Indonesia..artis yang terpalit dgn imej seksi nak jadi ahli politik dan wakil rakyat
Di Malaysia..ahli politik yang tercalar dgn imej seks masih selamba jadi wakil rakyat..

Apa nak jadi..amanah kepimpinan dah jadi batu loncatan..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger