Home » » Isu Setinggan Kuala Sepetang:Janji Mungkin Hanya Tinggal Janji

Isu Setinggan Kuala Sepetang:Janji Mungkin Hanya Tinggal Janji

Written By canang on Khamis, 18 Mac 2010 | 3/18/2010 11:56:00 PG

SHAH ALAM, 18 MAC - Kerajaan Perak di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional masih gagal mencari jalan bagi menyelesaikan isu berhubung tuntutan harga RM37 juta untuk tanah keretapi seluas 94.5 hektar di Kuala Sepetang berhampiran Taiping.

Sehingga kini, Perang mulut antara kerajaan Perak dan Perbadanan Pengurusan Aset Kereta Api (RAC) masih berterusan sekaligus menyebabkan nasib 643 keluraga setingga di kawasan itu masih samar.

Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu, Barisan Nasional berjanji akan memberikan geran individu kepada keluarga setinggan di situ jika mereka menang.

Bagaiamanapun, BN gagal merampas kerusi itu yang dipertahankan oleh menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Namun kini setelah penyingkiran itu, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir belum dapat menunaikan janji untuk memberikan hak milik tanah kepada keluarga setinggan yang kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Cina.

Zambry berpendapat harga RM37 juta untuk tanah jalan keretapi yang dituntut oleh RAC adalah keterlaluan.

Zambry berpendapat harga RM37 juta untuk tanah jalan keretapi yang dituntut oleh RAC adalah keterlaluan.

Beliau sebelum ini pernah meminta RAC yang merupakan anak syarikat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan harga berkenaan kerana tanah itu bukan untuk tujuan komersial tetapi sebaliknya akan digazetkan semula untuk kediaman.

Namun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dilaporkan berkata tanah itu mesti dijual pada harga pasaran berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Seksyen 85 (3) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana tanah yang disimpan khas untuk kegunaan persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh melepaskan tanah berkenaan kepada Negeri dengan syarat Negeri membayar kepada Persekutuan pada harga pasaran.

Menurut Tee Keat, kementeriannya mengikut harga yang ditetapkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Beliau juga mencadangkan kementeriannya, kerajaan negeri dan pejabat AG supaya berunding bagi mencari jalan penyelesaian.

Pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat exco, wartawan Utusan Malaysia bertanyakan kepada Zambry berhubung dakwaan bahawa KTM tidak menghantar surat tuntutan RM37 juta untuk tanah di Kuala Sepetang itu.

Zambry yang berang itu berkata: ”Ya, kami menerima surat RAC - minta mereka semak dengan rekod - salah siapa, saya tidak tahu. Adakah anda bermaksud terdapat dua pentadbiran di KTM yang mengeluarkan kenyataan yang berbeza.”

“Kenapa pejabat AG perlu diheret dalam isu ini?” soalnya.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di tanah berkenaan yang sebelum itu dibina landasan kereta api menghubungkan Port Weld (kini Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping bekerja sebagai nelayan.

Ada antara penduduk yang menghuni tanah tersebut selama empat generasi dan membayar sewa tahunan kepada KTMB dan RAC.

The HelpThe Help

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger