Home » » Pelajar 14 tahun jadi penari bogel

Pelajar 14 tahun jadi penari bogel

Written By canang on Rabu, 17 Mac 2010 | 3/17/2010 04:01:00 PTG

Para pengunjung lelaki di kelab tarian lucah Shadow Lounge di sini begitu asyik memerhatikan seorang gadis di bawah pengaruh alkohol beraksi tanpa menyedari dia cuma berusia 14 tahun, lapor sebuah akhbar semalam

Gadis bawah umur itu turut melakukan tarian tiang dengan cuma memakai coli, seluar dalam dan stoking sambil diperhatikan dua wartawan akhbar The Sun.

Dia turut menawarkan khidmat tarian bogel di sebuah bilik khas dengan bayaran tambahan £20 (RM100) manakala pelanggan yang membayar £80 (RM402) dapat menyaksikannya melakukan tarian khas.

"Anda mesti mahu tahu," katanya apabila ditanya oleh salah seorang wartawan itu tentang keistimewaan tarian khas itu.

Gadis tersebut yang dirahsiakan identitinya ditemani oleh seorang rakan wanita yang juga berusia 14 tahun semasa bekerja di kelab berkenaan.

Ketika ditanya berhubung usianya oleh wartawan tersebut yang menyamar sebagai pelanggan, penari cilik itu cuba berbohong dengan menyatakan dia berusia 18 tahun.

Apabila soalan sama ditanya 30 minit kemudian, gadis itu mendakwa usianya ialah 19 tahun.

Namun siasatan awal oleh dua wartawan itu mendapati gadis itu berusia 14 tahun dan masih bersekolah.

"Ia menjijikkan, saya ingat dia bermalam di rumah rakannya," kata ibu penari itu apabila dia diberitahu berhubung aktiviti gelap anaknya.

Pihak polis ketika dihubungi pula berkata, mereka telah menerima aduan berhubung seorang gadis bawah umur mencari kerja di sebuah kelab tarian lucah dan kini merayu maklumat orang ramai untuk melengkapkan siasatan.

Undang-undang Britain melarang remaja bawah 18 tahun daripada bekerja di kelab tarian bogel.
The Help
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger