Home » » MB PR :Jamin Calon Terbaik Untuk Rakyat Hulu Selangor

MB PR :Jamin Calon Terbaik Untuk Rakyat Hulu Selangor

Written By canang on Sabtu, 27 Mac 2010 | 3/27/2010 06:25:00 PTG

CHERAS 27 MAC: Pakatan Rakyat akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kedudukan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil akan datang.

Hal ini dinyatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media seusai upacara menanam pokok di Jaya Jusco Mahkota Cheras hari ini.

Beliau yakin rakyat boleh membuat perbandingan tempoh 2 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat dengan 50 tahun dalam cengkaman Umno-Barisan Nasional untuk memilih siapa yang lebih baik.

"Kita akan beri masyarakat Hulu Selangor pemimpin terbaik. Rakyat sangat memerlukan pemimpin yang baik untuk mereka. Mereka mahu pemimpin yang terbaik yang dekat kepada rakyat dan dapat membawa perubahan," katanya.

Pilihan raya kecil itu dibuat berikutan Dr Zainal Abidin yang menang pilihan raya umum ke-12, meninggal dunia kelmarin. Tarikh pilihan raya dijangka diketahui Jumaat ini.

Kata Tan Sri Khalid, Pakatan Rakyat akan menamakan calon mereka selepas perbincangan majlis tertinggi dan jawatankuasa antara semua parti.

Beliau yakin Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi dan menewaskan Umno BN yang terdesak memperoleh keyakinan rakyat selepas tewas dalam hampir semua pilihan raya kecil.


"Saya tahu Umno Barisan Nasional mengharapkan kemenangan di Hulu Selangor sebab dia tidak pernah menang pilihan raya kecil di Selangor sejak 2008. Tapi, Pakatan Rakyat ada strategi bagi memenangi hati rakyat. Bukan sahaja di Selangor, bahkan pada pilihan raya ke-13 kelak," katanya.

Sambil menyatakan ketidakbimbangan dengan taktik kotor Umno BN, beliau secara berseloroh menganggap segala tuduhan yang didalangi Umno terhadap Pakatan Rakyat sebagai drama yang membosankan.

"Rakyat sudah bosan dan ada sesetengahnya seronok mendengar lakonan-lakonan yang dilakukan. Jadi, ini satu drama. Boleh jadi drama cerita Hindi siap dengan tariannya," sindir beliau.Sila klik sini




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger