Home » » ‘Patpong’ KL"Lorong Panas" menawarkan deretan gadis dibahu jalan menanti pelangan

‘Patpong’ KL"Lorong Panas" menawarkan deretan gadis dibahu jalan menanti pelangan

Written By canang on Selasa, 23 Mac 2010 | 3/23/2010 07:03:00 PTG



KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti kawasan pelacur ‘Patpong’ di Bangkok, Thailand, apabila sebatang jalan berhampiran kelab malam terkemuka di ibu kota cuba meniru suasana ‘lorong panas’ itu dengan menawarkan deretan gadis yang berdiri di bahu jalan sambil menanti pelanggan.


JUAL TUBUH...seorang pelacur memikat pelanggan.
Jolokan Patpong di kalangan pelanggan di kawasan terbabit bukan kata-kata kosong apabila puluhan pelacur dilihat mula membanjiri kawasan Jalan Gelang di sini, bermula jam 9 malam sehingga awal pagi.

Lebih mengejutkan apabila ada antara pelacur terbabit tanpa segan silu sanggup melakukan hubungan seks secara terbuka di lorong sunyi berhampiran khusus untuk pelanggan yang tidak dapat menahan gelodak nafsu.

Berbeza dengan ‘ayam murahan’ yang tampil kurang menarik dan berharga murah, kebanyakan pelacur di kawasan berkenaan lebih gemar berpakaian ala eksekutif dan sering bertukar pakaian selang beberapa jam bertujuan menarik atau memikat lelaki berhidung belang mendapatkan khidmat seks mereka.


Mereka juga berada pada ‘kelas’ yang agak baik kerana masih remaja, memiliki paras rupa dan bentuk badan cantik sehingga mampu mengenakan bayaran RM100 hingga RM300 bagi perkhidmatan ditawarkan.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati tidak kurang 50 pelacur dipercayai dari China, berkeliaran di tempat letak kereta di situ untuk mencari pelanggan.

Pelanggan mereka terdiri pelbagai kaum dan peringkat umur serta ada warga asing yang dibawa pemandu pelancong atau teksi ke kawasan itu seolah-olah ia satu tempat ‘terkenal’ di ibu negara.

Mereka tidak memahami bahasa tempatan sebaliknya hanya memaklumkan harga perkhidmatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan menggunakan isyarat tangan sebagai simbol untuk mengadakan hubungan seks.

Pemantauan Harian Metro selama beberapa hari di kawasan terbabit mendapati, pelacur warga asing terbabit mula beroperasi seawal jam 6 petang dan masih menjalankan kegiatan pelacuran itu selepas 6 pagi.


Tinjauan mendapati mereka bukan saja mencari pelanggan di tempat letak kereta, tetapi juga di sebuah restoran berhampiran dan dipantau beberapa ‘penjaga’ serta bapa ayam.

Agak aneh apabila kebanyakan pelacur terbabit berpura-pura pelanggan pusat hiburan yang terletak bersebelahan jalan berkenaan menyebabkan kehadiran mereka tidak dihiraukan penduduk berhampiran kawasan itu.

Berdasarkan pemerhatian, lokasi jalan sepanjang lebih 100 meter itu yang menjadi tumpuan gadis murahan terbabit turut terletak berdekatan kawasan perumahan, tadika selain pusat rukun tetangga.

Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung kawasan terbabit disapa beberapa gadis yang tanpa segan silu menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM100.

Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris, namun mereka menggunakan isyarat jari selain menyebut perkataan ‘one hundred’ (satu ratus ringgit) sebagai modal untuk memikat wartawan yang hanya duduk di tangga premis berhampiran.

Namun, apabila ditanya sama ada dia sanggup ditempah untuk satu malam, gadis tinggi lampai dan memakai skirt pendek berwarna merah meletakkan harga RM300 kepada wartawan dan jurugambar.

Kami yang berpura-pura enggan menerima khidmat seks itu kemudian dipujuk berulang kali oleh gadis terbabit sambil berulang kali menyebut ayat ‘so cheap! (sangat murah) berulang kali.

Selepas gagal memujuk wartawan melanggannya selama lebih lima minit, wanita terbabit beredar sebelum mendekati beberapa lelaki lain yang ‘mencuci’ mata di kawasan sama.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakannya pelacur terbabit berbekalkan beg tangan berisi kondom dan krim pelincir membawa pelanggan lelaki ke bilik sewa yang terletak di beberapa bangunan sekitar kawasan terbabit.

Selain itu, ada antara pelacur seksi terbabit boleh ditempah dan dibawa ke lokasi lain dengan kadar RM300 semalaman oleh pelanggan yang membawa kereta ke lokasi terbabit.

Aktiviti maksiat itu semakin rancak dan meriah antara jam 10 malam hingga 3 pagi apabila kebanyakan pelanggan pusat hiburan berhampiran mula keluar selepas puas berhibur.

Pelacur terbabit itu dilihat keluar masuk bangunan tempat mereka mengadakan hubungan seks selang beberapa minit saja dan sebaik keluar dari bangunan itu mereka akan terus mencari pelanggan lain.

Bagaimanapun, wartawan dan jurugambar terpaksa beredar dari kawasan terbabit selepas beberapa lelaki dipercayai ‘penjaga’ atau ‘bapa ayam’ mula tidak senang duduk sebelum menghalau kami dari kawasan berkenaan kira-kira jam 2 pagi.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger