Home » » Timb. Pres. PKR Minta Ganti Rugi RM10 Juta Dari Utusan

Timb. Pres. PKR Minta Ganti Rugi RM10 Juta Dari Utusan

Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 02:26:00 PTG

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali menuntut Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM10 juta ringgit kerana menuduh beliau menerima wang ringgit untuk membubar Parti Rakyat Malaysia.

Akhbar pro-pemerintah itu dalam satu laporan bertarikh 6 Mac 2010 menuduh Syed Husin menerima RM500,000 dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar PRM bagi membuka laluan kepada pembentukan Parti Keadilan Rakyat.

Syed Husin, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh menuntut Utusan Malaysia meminta maaf dan membayar ganti rugi kerana menyiarkan laporan fitnah.

"Saya mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka tersebut sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan itu."Sila Klik





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger