Home » » Wakil Rakyat Bebas Tidak Bebas - Azmin

Wakil Rakyat Bebas Tidak Bebas - Azmin

Written By canang on Jumaat, 26 Mac 2010 | 3/26/2010 03:26:00 PTG

Wakil rakyat Bebas sebenarnya tidak bebas kerana mereka terpaksa menari mengikut rentak yang telah diatur oleh UMNO Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata buktinya jelas apabila mereka membahaskan titah ucapan Seri Paduka Agong, yang langsung tidak menyentuh isu pokok seperti soal ekonomi, rakyat ataupun pendidikan tetapi hanya memaki hamun dan mencerca pemimpin Pakatan Rakyat.

Ujarnya lagi, mereka terpaksa menggunakan skrip yang dikarang UMNO Barisan Nasional kerana imbuhan-imbuhan yang mungkin telah diberikan.

"Jelas sekali wakil rakyat Bebas sebenarnya mereka tidak bebas kerana mereka terpaksa menari mengikut rentak yang telah diaturkan oleh UMNO, mereka terpaksa bersekongkol dengan teman baru mereka UMNO. Bagi saya wakil Bebas tak ubah seperti kuda tunggangan UMNO yang digunakan untuk membawa beban mereka," kata Azmin.

Azmin menegaskan wujudnya kelompok Bebas dalam Parlimen pada kali ini telah diambil kesempatan oleh UMNO Barisan Nasional sebagai kuda tunggangan mereka untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"UMNO tidak berani hendak menyerang Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menggunakan Bebas sebagai benteng depan mereka, dalam masa serangan itu mereka hanya menambah agar isu itu menjadi lebih panas lagi,"Jelasnya.


Azmin juga kesal dengan tindakan wakil rakyat bebas yang menggunakan parlimen sebagai platform untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Ini amat malang bagi sebuah Parlimen yang sepatutnya mengangkat suara rakyat tetapi digunakan oleh Umno melalui Bebas dalam membuat serangan, cara yang tidak bertanggungjawab untuk mencetus suasana yang tidak harmoni dalam perbahasan," tambahnya lagi.

Wakil Rakyat Bebas, Zahrain Hashim dan Zulkifli Nordin umpamanya telah menggunakan peluang membahas titah Seri Paduka Agong pada sidang Parlimen minggu lalu untuk menghentam pimpinan Pakatan Rakyat.
Sila Klik


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger