Home » » Dr M Tak Akan Berkempen di Hulu Selangor

Dr M Tak Akan Berkempen di Hulu Selangor

Written By canang on Jumaat, 16 April 2010 | 4/16/2010 06:59:00 PTG

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen pada pilihan raya Hulu Selangor meskipun namanya ditimbulkan beberapa kali menjelang penamaan calon, esok.

Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional.

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Mahathir terbabit dalam kempen ialah pada April 2009 ketika pilihan raya serentak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Beliau berucap di ceramah di kedua-dua kawasan itu. BN tewas di kedua-dua kerusi berkenaan.- Malaysiakini


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger