Home » » Dunia Artis:Nasha Mahu Perkahwinannya Berwalikan Bapa Kandung

Dunia Artis:Nasha Mahu Perkahwinannya Berwalikan Bapa Kandung

Written By canang on Jumaat, 16 April 2010 | 4/16/2010 07:00:00 PTG

Nasha Aziz.

"Anda tanya saya? Saya juga tanya diri sendiri... tetapi ia berlaku sewaktu saya bertunang dulu, saya mengundangnya tetapi dia tidak hadir.

"Bagaimanapun, barangkali.... saya tidak tahu. Saya akan buat yang terbaik pada masa depan, untuk perkahwinan saya. Saya akan pergi dan memintanya menjadi wali saya," kata model dan aktres jelita ini.

Nasha ditemui mStar Online sewaktu menghadiri Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara baru-baru ini.

Pun begitu, kes mahkamah membabitkan Nasha, 39, dan bapanya sedikit sebanyak merenggangkan perhubungan anak-dan-ayah tersebut.

Abdul Aziz, 61, seorang guru silat sebelum ini mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel bertajuk "Jangan tanya hal peribadi" dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004 yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.


Reaksi aktres dan model Nasha Aziz (kiri) dan bapanya Abdul Aziz Mohd Ali di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, tahun lalu. -Foto BERNAMA

Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.

Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.

Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan "bapa" dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya, Abdul Aziz Hathim, yang membesarkannya.



(Duduk dari kiri)Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf dan Pengarah Urusan Rafflesia Pearl Centre, Sin Cheang Loong. - Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

Pelakon itu tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.

Biarpun kesudahannya adalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nasha membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya, Nasha tetap menyayanginya.

Bukankah air dicincang tidak akan putus? Nasha mendambakan bapa kandungnya sanggup melupakan kisah lampau dan menjadi walinya.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger