HULU SELANGOR: Khemah pentas untuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan orang kenamaan (VIP) yang menghadiri upacara pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Tangga, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung di sini, hampir tumbang akibat dilanda hujan ribut, petang tadi.
Ia berlaku kira-kira jam 3 petang ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun, hendak berucap pada majlis berkenaan.
Muhyiddin dan semua orang kenamaan termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Setiausaha Agung MCA, Datuk Kong Cho Ha; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, terpaksa bangun meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Angkatan Relawan Malaysia (Rela) dan pekerja tapak binaan sekolah terbabit memegang tiang khemah berjaya mengelak ia daripada tumbang.
Muhyiddin, ketika berucap selepas kejadian itu, secara berseloroh menyatakan hujan ribut yang melanda kawasan berkenaan ketika beliau merasmikan upacara berkenaan menandakan majlis itu mendapat restu Tuhan.
"Mengikut kepercayaan kaum Tionghua, kemunculan hujan atau air adalah tanda kekayaan. Kita berharap pembinaan sekolah ini akan membawa kemakmuran dan kekayaan lagi kepada kita semua," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntuk sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan pembinaan sekolah berkenaan tidak termasuk kos tapak.
"Jika masuk kos tapak, keseluruhan kos membina sekolah ini boleh mencecah RM6 juta. Ia satu jumlah yang besar dan boleh membina dua buah sekolah," katanya.
Muhyiddin berharap sekolah yang dijangka siap dalam tempoh tujuh bulan akan menjadi tempat selesa dan kondusif bagi 400 pelajar belajar.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Home »
» Petanda BN akan Tumpas:Khemah untuk TPM hampir tumbang dilanda hujan ribut
Petanda BN akan Tumpas:Khemah untuk TPM hampir tumbang dilanda hujan ribut
Written By canang on Jumaat, 16 April 2010 | 4/16/2010 07:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan