Sudah lama tidak mendengar kisah penyanyi Ezlynn. Jika sebelum ini, Ezlynn lebih suka bercerita mengenai kerjaya seni berbanding kisah peribadinya, namun tidak lagi sekarang ini. Ezlynn sekarang bukan seperti yang dulu.
Ezlynn mahu berkongsi kegembiraan di hatinya bersama peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.
Bertemu dengan penyanyi yang popular dengan lagu Hye Hye Bye Bye ini, mengungkap rahsia percintaannya dengan seseorang yang sangat istimewa di hatinya. Tergambar wajah cerianya saat bercerita mengenai kiah percintaannya itu.
“Ya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekarang. Dengan usia yang semakin meningkat ni, saya rasa inilah perkara terbaik yang harus saya lakukan. Bagi saya, sekarang bukan masa nak bermain dengan cinta. Waktu ini adalah waktu untuk memikirkan tanggungjawab keluarga,” katanya.
Mengakui sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, Ezlynn mahu lebih serius bercerita akan perkara itu.
“Memang kami dah kenal lama. Lagipun ibu saya dah menetapkan tarikh perkahwinan saya iaitu pada 11.11.2011. Itulah tarikh yang diberikan kepada saya. Saya perlu akur dan cuba berusaha ke arah itu.
“Saya berdoa agar ia menjadi kenyataan. Lagipun adik saya pun dah kahwin. Cemburu juga tengok kebahagiaan orang lain dan kerana itulah saya mahu lebih serius apabila bercerita mengenai perkahwinan ini,” katanya yang menyenangi buah hatinya kerana pandai mengambil hati keluarganya serta menghormati kerjaya seninya.
Ezlynn berkata, walaupun sudah tiga tahun menyulam cinta, namun bagi dirinya masih ada kegusaran kerana takut akan berlaku perkara yang tidak diingini.
“Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang. Walaupun agak takut, tapi saya berharap biarlah yang elok-elok sahaja di antara kami. Seperti yang saya katakan, saya memang berharap akan berkahwin pada tahun depan,
Home »
» Dunia Artis:Ibu Ezlynn tetap tarikh kahwin
Dunia Artis:Ibu Ezlynn tetap tarikh kahwin
Written By canang on Sabtu, 17 April 2010 | 4/17/2010 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan