Home » » Mayat doktor gigi ditemui hampir reput

Mayat doktor gigi ditemui hampir reput

Written By canang on Sabtu, 17 April 2010 | 4/17/2010 08:00:00 PTG

AMPANG JAYA: Tanda tanya di kalangan penduduk Taman Kosas dekat sini mengenai bau busuk dari sebuah rumah di kawasan kejiranan itu terjawab, semalam apabila menemui mayat bogel seorang doktor gigi lelaki yang hampir reput.

Mayat Dr P Ramesh, 48, ditemui ruang tamu rumahnya dalam keadaan terperosok di bawah sofa, namun tiada tanda perlakuan jenayah di tempat kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata bertindak atas aduan bau busuk itu oleh penduduk setempat, sepasukan anggotanya ke tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi untuk melakukan pemeriksaan.
“Polis terpaksa memecah masuk kerana pintu rumah mangsa didapati berkunci. Ketika ditemui, mayat doktor itu dalam keadaan bogel, dengan duit syiling bertaburan di sekelilingnya.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau sebarang unsur jenayah. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, pasukan forensik yang dikejarkan ke tempat kejadian juga tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian doktor itu dan mengarahkan satu bedah siasat dijalankan.

“Buat sementara, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan terperinci sedang dijalankan, dengan semua elemen diambil kira termasuk kemungkinan ada unsur jenayah.
“Dari maklumat yang diperoleh, mangsa mengusahakan sebuah klinik pergigian berhampiran rumahnya, namun waktu operasinya tidak menentu sejak kebelakangan ini. Mangsa yang kurang bergaul dengan jirannya dikatakan tinggal berseorangan sejak bercerai



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger