Home » » Seks bebas antara punca utama gejala sosial remaja

Seks bebas antara punca utama gejala sosial remaja

Written By canang on Sabtu, 17 April 2010 | 4/17/2010 07:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas hingga hamil dan melahirkan anak luar nikah adalah antara masalah sosial utama dikenal pasti membabitkan gadis berusia 13 hingga 18 tahun di ibu kota, dengan kebanyakannya masih bersekolah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata ia sebahagian daripada faktor penyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini.
“Dalam kebanyakan kes (pembuangan bayi) sebelum ini, memang ada pelakunya membabitkan pelajar sekolah, malah siasatan sering menjurus kepada amalan seks bebas di kalangan mereka hingga hamil dan untuk menutup malu mereka membuang bayi itu.
“Ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, khususnya ibu bapa yang perlu memantau anak-anak mereka supaya tidak terbabit dalam masalah sosial atau dan kes jenayah,” katanya ketika merasmikan ulang tahun ke-40 Kor Kadet Polis di sini, semalam.

Beliau berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengenai masalah cinta membabitkan pelajar mendapati trend teman lelaki bersifat lepas tangan sekiranya teman wanita mereka hamil.

“Remaja perempuan yang menganggap teman lelakinya jujur dan dengan rela hati menyerahkan tubuh mereka tanpa menyedari dipermainkan, selain sekadar dijadikan pemuas nafsu.

“Ada juga teman lelaki yang sanggup membunuh kekasihnya untuk menghapuskan bukti dan menutup rahsia dilakukan selama ini,” katanya.
Beliau berkata, ada juga pelajar terbabit dalam kes rogol, curi motosikal, peras ugut, gangsterisme, samun dan ragut, dengan jumlah ditahan menunjukkan meningkat setiap tahun.

“Seramai 3,263 pelajar ditahan sepanjang tahun lalu kerana terbabit dalam 2,003 kes jenayah. Ia menunjukkan peningkatan 452 tangkapan berbanding tahun sebelumnya,”



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger