Home » » Harussani perjelas isu Kristian

Harussani perjelas isu Kristian

Written By canang on Sabtu, 17 April 2010 | 4/17/2010 06:00:00 PTG

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak merujuk kepada mana-mana individu secara khusus ketika menyatakan sesiapa yang menyokong Kristian sebagai tidak beriman.

Harussani berkata, beliau tidak menyebut langsung nama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika memberi kenyataan kepada wartawan akhbar tabloid 'Selangor Kita' Mac lalu.
Malah, katanya, beliau tidak mengenali Khalid ketika itu dan tidak tahu siapa Ahli Parlimen Shah Alam itu.
"Memang benar saya berkata sesiapa yang menyokong Kristian sebagai tidak beriman kerana Allah dalam Islam itu Maha Esa dan Maha Tunggal.

"Kristian percaya kepada uqnum (triniti) iaitu Tuhan sebagai Ayah, Tuhan sebagai Anak Lelaki dan Roh Kudus.

"Bila orang Islam menyekutukan Allah, dia tidak beriman," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid dalam akhbar semalam yang memberi tempoh seminggu kepadanya supaya menarik balik kenyataan mengenai perkara itu atau Ahli Parlimen Shah Alam itu akan mengambil tindakan undang-undang.
Harussani berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataan berkenaan kerana kenyataan asalnya tidak mengaitkan mana-mana individu.

"Saya tak kenal pun dia. Saya menyebut secara umum. Saya tidak menyebut nama.

"Mungkin wartawan ada menyebut nama tetapi saya tidak merujuk kepada sesiapa.

"Dia pun mengatakan saya ejen Umno. Tetapi tak apa. Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan,



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger