Home » » Papan Tanda PKR Diroboh, Poster Kempen Dirosakkan

Papan Tanda PKR Diroboh, Poster Kempen Dirosakkan

Written By canang on Khamis, 22 April 2010 | 4/22/2010 10:00:00 PG

HULU SELANGOR : Menjelang hari pengundian pilihanraya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, taktik-taktik kotor mencantas calon lawan dengan fitnah dan dakyah semakin diperhebat.

Dalam keghairahan Umno menyerang keperibadian calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, poster beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirosakkan dan dalam sesetengah situasi, dirobohkan sama sekali.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk memenangkan calon pilihan UMNO P Kamalanathan dari MIC.

Pada masa sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak sambil lewa menguatkuasakan arahan supaya Umno menurunkan poster- poster yang membawa mesej fitnah dan dakyah terhadap Zaid.

Sehubungan itu, Srikandi bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan Ops Billboard untuk memastikan semua papan tanda yang menghina keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat, diturunkan.

SPR sebelum ini berjanji untuk mengarahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) menurunkan poster berunsur provokasi namun ternyata, janji tinggal janji.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Mohd Shaik Ismail berkata Srikandi serius mahu memastikan pilihan raya kecil ini berjalan dalam suasana aman tanpa sebarang provokasi yang boleh merosakkan keharmonian berkempen.

Minggu lalu, AMK membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertamadun Barisan Nasional yang menaikkan kain rentang dan papan tanda dengan mengaibkan calon dan pimpinan Pakatan Rakyat.


Beliau berkata, kain rentang dan poster milik BN yang diturunkan dihantar kepada SPR walaupun suruhanjaya berkenaan enggan menerima bahan kempen ini.

Ditanya kewajaran tindakan itu, Aishah berkata ia mesej kepada SPR betapa mereka memandang serius isu ini.




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger